28 August, 2010

Masak ketam berlada

Ni la makanan favourite aku..ketam berlada..suka giler makan ketam..lebih2 lagi kalo masak berlada..kalo masak lemak cili api kureng sikit..selasa yg lepas ni la juadah berbuka pose aku & husband..kitaorg dpt ketam ni masa blk kuantan mnggu lepas..request dr husband aku tuk masak..so masak la & makan plak berdua je..tp seronok arr..sila la cube resepi di bawah



Resepi Ketam berlada:-

Bahan-bahannya

10 ekor ketam
Lada kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Asam jawa
sedikit garam & gula

cara-caranya
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia & kunyit kemudian tumis hingga garing & naik minyak.
2. Masukkan sediikit air asam jawa
3. Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram
4. Masukkan gula, garam secukup rasa
5. Kemudian masukkan ketam , didihkan dan masak hingga isinya empuk

*** selamat mencuba***

No comments: