06 February, 2009

Sahabat.....

Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa
Dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan
Jadilah kita kawannya itu
Kita selalu melihat dia ketawa
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka
Di sebalik senyummannya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan
Disebalik ketenangannya
mungkin tersimpan
seribu kekalutan..
Kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia..
mungkin kita akan tahu...